Malaysian Online Shooters Gaming Community
 
HomeRegisterLog in
-= SELAMAT DATANG KE MALAYSIANS VIRTUAL ARMY =-

Share | 
 

 Air Force - Next Generation (AF-NG)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MyVirA
KOMANDER [MVA]
KOMANDER [MVA]
Administrator
Umur : 37

PostSubject: Air Force - Next Generation (AF-NG)   Tue Feb 08, 2011 10:18 pm

Air Force – Next Generation (AF-NG)
[You must be registered and logged in to see this image.]

Sempena HUT TUDM yang ke-52 pada 01 Jun 10, KDYMM Sultan Pahang selaku Kolonel Yang Dipertua TUDM telah melancarkan logo strategik Airforce Next Generation (AF-NG).

Matlamat AF-NG adalah untuk membentuk TUDM sebagai satu tentera udara berkeupayaan full spectrum yang boleh melaksanakan tugas dan misi di dalam semua keadaan aman atau perang dengan berkesan.

Inisiatif bagi transformasi AF-NG tersebut telah diketengahkan oleh Panglima Tentera Udara bagi melonjakkan TUDM ke satu tahap tinggi sebagai tentera udara bertaraf dunia.

TUDM perlu berubah untuk menjadi ketumbukan yang lebih berwibawa dan berkaliber dari apa yang ada sekarang.



Pengertian Logo

Logo AF-NG mengandungi perkataan AIRFORCE NEXT GENERATION. Ia disulami jaluran warna rasmi TUDM beserta dengan 4 simbol objek bergerak ke hadapan, melambangkan transformasi AF-NG:

1) Ketumbukan Pasukan (Our Force).

2) Kapasiti Organisasi (Organisation Capacity).

3) Doktrin (The Doctrine)

4) Warga Pasukan (The People)

My Virtual Signature _________________
[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]


Last edited by MyVirA on Tue Feb 08, 2011 10:25 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
http://myvirtualarmy.virtuaboard.com
MyVirA
KOMANDER [MVA]
KOMANDER [MVA]
Administrator
Umur : 37

PostSubject: Re: Air Force - Next Generation (AF-NG)   Tue Feb 08, 2011 10:20 pm

Konsep dan Perlaksanaan

Ketumbukan Pasukan (Our Force)
Aspek ini melihat kepada keupayaan dan kesiagaan TUDM. Kemampuan TUDM di masa depan seharusnya meliputi semua bentuk operasi (full spectrum), yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan berteknologi dan berkeupayaan tinggi untuk beroperasi di ruang udara, ruang angkasa dan dunia siber. Penguasaan ke tiga-tiga medium mampu menjadikan TUDM sebagai ketumbukan yang dinamik.

Kapasiti Organisasi (Organisation Capacity)
Aspek ini memberi fokus kepada usaha untuk memperkasakan TUDM menjadi sebuah ketumbukan udara yang dinamik, teguh dan fleksibel di dalam mengharungi cabaran dan kekangan melalui hasil integrasi 3 elemen iaitu man, machine and mission (3M). Keupayaan TUDM akan ditentukan oleh kekuatan organisasi dan halatuju bagi mempromosikan agenda dan objektif yang digariskan.

Doktrin (The Doctrine)
Aspek ini menitikberatkan kepada cara kerja dan prosidur yang perlu difahami untuk diaplikasikan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia memberi impak yang besar melalui usaha yang digariskan di dalam AF-NG supaya dapat memberi nafas baru melalui doktrin-doktrin yang kemaskini dan membangunkan doktrin-doktrin baru yang relevan dan terkini.

Warga Pasukan (The People)
Aspek ini merupakan faktor yang paling penting di dalam transformasi AF-NG di mana TUDM kelak akan dibarisi oleh pemimpin yang benar-benar berwibawa dan berkualiti yang disokong oleh anggota yang berkemahiran dan komited. Budaya dan persekitaran TUDM masih bersandarkan kepada `5 nilai teras’ sedia ada, selain memberi penekanan kepada keterbukaan, inovatif dan kreativiti.

My Virtual Signature _________________
[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
http://myvirtualarmy.virtuaboard.com
MyVirA
KOMANDER [MVA]
KOMANDER [MVA]
Administrator
Umur : 37

PostSubject: Re: Air Force - Next Generation (AF-NG)   Tue Feb 08, 2011 10:21 pm

Pelaksanaan

Transformasi ke arah AF-NG dijangka mengambil masa selama 10 tahun di dalam 3 fasa bermula pada tahun 2010.

Fasa 1 – diklasifikasikan sebagai readiness to change yang bermula dari 2010 hingga 2012.

Fasa 2 – adalah fasa implementation mulai tahun 2012 hingga 2017.

Fasa 3 – adalah making it stick yang bermula pada 2017 hingga 2020.

(Nota: Selepas tahun 2020 AF-NG perlu dikekalkan dan dibudayakan agar TUDM sentiasa relevan dengan kewujudannya).

My Virtual Signature _________________
[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
http://myvirtualarmy.virtuaboard.com
Sponsored content

PostSubject: Re: Air Force - Next Generation (AF-NG)   Today at 10:14 pm

Back to top Go down
 

Air Force - Next Generation (AF-NG)

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MALAYSIAN VIRTUAL ARMY :: [MVA] DIVISYEN INTEL - Intel Division :: TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA-
Jump to:  
Latest topics
» Bermain dengan 2 perkataan (Spam Free Topic)
Mon Sep 15, 2014 10:36 am by MyVirA

» BATTLEFIELD 3
Wed May 11, 2011 11:29 am by GeraKhas

» PLEASE READ THIS BEFORE POSTING
Mon May 09, 2011 12:15 pm by MyVirA

» WORLD CYBER GAMES ANNOUNCES BUSAN AS THE HOST CITY FOR THE WCG 2011 GRAND FINAL
Mon May 09, 2011 12:07 pm by MyVirA

» THOR
Tue Apr 19, 2011 11:29 am by MyVirA

» Green Lantern
Tue Apr 19, 2011 11:26 am by MyVirA

» Battlefield Play 4 Free
Mon Apr 18, 2011 10:52 am by NapalmGirl

» Cicak disini
Wed Apr 06, 2011 10:22 am by Maya

» Project Blackout
Sun Feb 13, 2011 10:01 pm by Lizard

» Maya is here
Sun Feb 13, 2011 9:55 pm by Lizard

Top posters
MyVirA
 
NapalmGirl
 
Maya
 
Lizard
 
GeraKhas