Malaysian Online Shooters Gaming Community
 
HomeRegisterLog in
-= SELAMAT DATANG KE MALAYSIANS VIRTUAL ARMY =-

Share | 
 

 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MyVirA
KOMANDER [MVA]
KOMANDER [MVA]
Administrator
Umur : 37

PostSubject: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)   Mon Jan 17, 2011 9:59 am

[You must be registered and logged in to see this image.]

Sejarah Ringkas TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dengan pembentukan Tentera Laut Sukarelawan Simpanan Negeri Selat (TLSSNS) - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve - yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu pada 27 April 1934 di Singapura. TLSSNS ditubuhkan untuk membantu Royal Navy mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakkan politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang memperluaskan kuasa dan pengaruhnya.

Apabil Perang Dunia Ke-2 meletus di Eropah, TLSSNS telah meningkatkan pengrekrutan demi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan aset-aset Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah. TLSSNS juga telah dikerahkan untuk perkhidmatan aktif sebagai unit Royal Navy Malay Section, ataupun Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Golongan ini telah menjalani latihan di kem latihan HMS Pelandok. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya meningkat kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.

Sepanjang Perang Dunia ke-2, Malay Navy berkhidmat di bawah Tentera Bersekutu atau lebih tepat lagi di bawah panji-panji Royal British Navy. Malay Navy berkhidmat bersama Royal Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Pasifik. Apabila perang tamat dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya 600 anggota melapor diri semula. Pada tahun 1947, Malay Navy terpaksa dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.

HMS MALAYA Woodlands, Singapura

Pada 24 Disember 1948, Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman pengganas komunis. Menyedari kepentingannya, pihak British mengaktifkan semula Malay Navy dan dikenali sebagai Malayan Naval Forces (MNF). Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan hari perasmian dan penubuhan MNF yang berpangkalan di HMS Malaya,Woodlands, Singapura.

Misi utama MNF ialah pengawasan pesisir pantai bagi menghalang pengganas komunis daripada memperoleh bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini juga diberi tugas mengawal laluan ke Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain. MNF juga dibekalkan dengan sebuah Frigat kelas River HMS Test yang turut digunakan sebagai kapal latihan. Pada bulan 29 Ogos 1952, Her Royal Honesty Queen Elizabeth (Ratu Elizabeth 2) telah mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) di atas perkhidmatan MNF yang cemerlang.

Pada 5hb Ogos 1955 Ketua Menteri Singapura, David Marshall telah melawat Pangkalan Woodlands. Beliau marasa kagum dengan perkembangan pesat di pangkalan itu. Dalam tahun itu juga beberapa buah kapal Royal Malayan Navy telah menyertai beberapa siri latihan dengan Royal Navy dan Tentera Laut negara Komanwel yang lain. Tugas-tugas yang dilakukan oleh Royal Malayan Navy di tahun lima puluhan tertumpu kepada mengawal keselamatan perairan Tanah Melayu dan juga Singapura. Kapal-kapal Royal Malayan Navy sentiasa meronda di sekitar kawasan perairan pantai bagi menghalang kegiatan penyeludupan senjata api kepada pengganas komunis. Dalam masa darurat tumpuan rondaan ialah di perairan Pengerang Batu Pahat, di mana kegiatan pengganas komunis dipercayai berleluasa. Sementara itu HMMS PELANDOK banyak membantu dalam rondaan di sekitar kawasan pantai Semenanjung Tanah Melayu dan juga memberi bantuan kepada anggota-anggota polis dengan membuat tembakan dari laut.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957, perkara utama yang difikirkan oleh pemimpin-pemimpinnya ialah mengenai keselamatan negara. Peristiwa Tanah Melayu dijajah Jepun pada tahun 1941 telah menjadi pengajaran supaya ia tidak berulang setelah negara mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan Tanah Melayu menamatkan penjajahan British dan sekaligus kuasa mutlak berpindah sepenuhnya kepada pemimpin negara. Ini termasuklah juga dalam hal ehwal keselamatan yang masih lagi dirunding bagi menentukan penempatan pasukan tentera di Tanah Melayu.

Royal Malayan Navy akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Penaikkan bendera Tentera Laut Persekutuan secara rasminya menandakan Roayal Malayan Navy memikul tanggung jawab untuk mempertahankan perairan Persekutuan. Royal Malayan Navy memulakan tugasnya hanya dengan sebuah pangkalan pusat di HMS Malaya Woodland, Singapura dan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas HAM, dan 7 buah kapal patrol.

Sekali lagi pada 16 Sep 1963, pasukan ini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia dan agronim ‘HMMS’ (Her Majesty’s Malayan Ship) telah ditukar ke ‘KD’ bermaksud Kapal Diraja. Apabila TLDM diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Malaysia pada 1 Jul 1958, ia mula berkembang dengan penuh pesat dan cemerlang. Sewaktu pemerintahan Panglima Tentera Laut yang Pertama, salah satu usaha beliau yang boleh dijadikan sejarah ialah perancangan untuk memindahkan Pangkalan TLDM Woodlands ke Lumut. Usaha beliau telah menjadi realiti dan rancangan ini telah mula direalisasikan pada tahun 1979. Walaupun tapuk pemerintahan Tentera Laut bertukar ganti, wawasan yang sedia ada tetap dilaksanakan dengan jayanya oleh Panglima-Panglima seterusnya.

Namun demikian, Pangkalan TLDM Woodlands masih lagi beroperasi sebagai pangkalan bantuan logistik kepada kapal-kapal yang beroperasi di bahagian selatan semenanjung. Pangkalan ini dinamakan ‘BEREK TLDM WOODLANDS’ dan diletakkan bawah organisasi pemerintahan Markas Wilayah Laut 1.

Manakala Pusat Latihan Rekrut terus dilaksanakan di KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut. Dengan bertambahnya pelatih yang mengikuti kursus-kursus kerjaya termasuk pendekatan yang diambil oleh TLDM untuk mengasingkan pelatih-pelatih muda ini, sekali lagi Pusat Latihan Rekrut telah berpindah ke Berek TLDM Woodlands di Singapura dalam tahun 1984, iaitu selepas perpindahan KD MALAYA ke Lumut. Pusat Latihan Rekrut berada di bawah organisasi KD PELANDOK sementara Berek TLDM Woodlands yang bertindak sebagai unit Bantuan masih di bawah pemerintahan MAWILLA 1. Pada tahun 1996, Pusat Latihan Rekrut telah dikenali dengan nama Fakulti Rekrut (FAREK). Ini adalah sinambungan dari perubahan yang dibuat oleh KD PELANDOK.

Pada pertengahan tahun 1994, berita paling hangat tersebar ke serata tempat. Pangkalan TLDM Woodlands akan diserahkan kepada Kerajaan Singapura. Akhirnya, berita tersebut menjadi realiti apabila Tg Pengelih yang terletak lebih kurang 129 km dari Bandar Johor Baharu telah terpilih untuk dijadikan pusat latihan yang baru dengan singkatan PULAREK TLDM. Seterusnya, penyerahan Berek TLDM Woodlands kepada Kerajaan Singapura telah dilaksanakan pada 3 Dis 1997.

[You must be registered and logged in to see this image.]

My Virtual Signature _________________
[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]


Last edited by MyVirA on Tue Feb 08, 2011 10:36 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
http://myvirtualarmy.virtuaboard.com
MyVirA
KOMANDER [MVA]
KOMANDER [MVA]
Administrator
Umur : 37

PostSubject: Re: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)   Mon Jan 17, 2011 10:04 am

Visi dan Misi TLDM

VISI
To Be A World Class Navy
(Always Excellent)


MISI
To Protect Malaysia's Sovereignty and Maritime Interests


PIAGAM PELANGGAN TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia berhasrat menjadi sebuah Tentera Laut Yang Berkualiti melalui usaha penambahbaikan berterusan demi mencapai komitmen berikut:


:: Melindungi dan mempertahankan kedaulatan maritim negara.

:: Menyokong usaha-usaha pentadbiran dan pembangunan negara.

:: Meningkatkan kerjasama dan keupayaan bersama dengan perkhidmatan lain di dalam atau luar negara.

:: Mengeratkan hubungan dengan masyarakat demi kesejahteraan negara.

:: Membangunkan tenaga kerja yang profesional, kompeten dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas.

My Virtual Signature _________________
[You must be registered and logged in to see this image.][You must be registered and logged in to see this image.]
[You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
http://myvirtualarmy.virtuaboard.com
 

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MALAYSIAN VIRTUAL ARMY :: [MVA] DIVISYEN INTEL - Intel Division :: TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA-
Jump to:  
Latest topics
» Bermain dengan 2 perkataan (Spam Free Topic)
Mon Sep 15, 2014 10:36 am by MyVirA

» BATTLEFIELD 3
Wed May 11, 2011 11:29 am by GeraKhas

» PLEASE READ THIS BEFORE POSTING
Mon May 09, 2011 12:15 pm by MyVirA

» WORLD CYBER GAMES ANNOUNCES BUSAN AS THE HOST CITY FOR THE WCG 2011 GRAND FINAL
Mon May 09, 2011 12:07 pm by MyVirA

» THOR
Tue Apr 19, 2011 11:29 am by MyVirA

» Green Lantern
Tue Apr 19, 2011 11:26 am by MyVirA

» Battlefield Play 4 Free
Mon Apr 18, 2011 10:52 am by NapalmGirl

» Cicak disini
Wed Apr 06, 2011 10:22 am by Maya

» Project Blackout
Sun Feb 13, 2011 10:01 pm by Lizard

» Maya is here
Sun Feb 13, 2011 9:55 pm by Lizard

Top posters
MyVirA
 
NapalmGirl
 
Maya
 
Lizard
 
GeraKhas